Kehidupan awal Ahmad Maslan

Beliau dilahirkan di Parit Haji Yusof, Lubuk Sipat, Benut, Pontian, Johor. Beliau bersekolah Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia, Lubok Sipat, Benut, Pontian, Johor dan menjadi Tokoh Murid sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang. Di peringkat sekolah menengah, beliau merupakan Pelajar Terbaik SRP dan Pembahas Terbaik Piala Perdana Menteri. Seterusnya belajar di Rosehill College, Auckland, New Zealand dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi & Sains Politik) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Victoria, New Zealand (1986 - 1988). Ketika mengambil Sarjana Pentadbiran Perniagaan, (MBA), Universiti Kebangsaan Malaysia,  Malaysia (2001-2003) beliau menerima Anugerah Emas Siswa Terbaik. Beliau menamatkan pembelajarannya di sana dengan CGPA 3.85.